Psikologi “market cycle”

..
8 min readNov 25, 2018

--

Sejak akhir2 ini ramai orang diluar sana yang sedang panic dan menjual btc pada ketika ini. Oleh itu saya mahu ambil kesempatan untuk menerangkan tentang psikologi market agar anda dapat memahami apa yang sedang berlaku dan merancang pelaburan anda dengan lebih baik.

Jika dikaji, graf naik turun pasaran (saham) semuanya mempunyai bentuk (pattern) yang sama tetapi seringkali kita terlepas pandang.

Fasa positiviti melampau ( Irrational exuberance)

untuk memahami fasa in kita perlu mengkaji kitaran musim ‘market’

perjalanan garisan merah itu bukan sesuatu yang abstrak- jika dibandingkan sebelah-sebelah dengan ‘Financial bubble’ yang lain anda akan mendapati semuanya lebih kurang sama.

Ini kerana kesemua patern ini menggambarkan sifat dan psikologi manusia, walaupun setelah 100 tahun, reaksi manusia tetap sama. gambarajah diatas sangat berguna untuk traders, terutamanya yang berurusan dengan “speculative assets”.

Sejarah Kripto

Dalam 10 tahun, Terdapat 4 crash yang maha dasyat.

Di bawah saya tunjukkan secara sebelah-sebelah 4 crash tersebut (mengikut peratus)

di sini juga saya turut sertakan saham dan asset tradisional untuk anda bandingkan, supaya lebih mudah untuk anda bayangkan.

Walaupun peratus pertumbuhan lebih kurang sama untuk ke empat- empat “bubble” , julat pergerakan harga sebenar adalah sangat berbeza.

Perhatikan betul-betul, pergerakan harga selepas setiap crash, harga akan meningkat secara exponential.

dan crash yang kemudiannya akan sentiasa lebih tinggi daripada dasar yang sebelumnya. (higher lows).

“higher lows” berturut2 adalah signal trend harga yang akan meningkat.

jika anda perasan sebelum 2017, harga bitcoin seperti tidak naik. ini kerana, kenaikan harga bitcoin yang terkini sangat ekstrim membuatkan apa yang berlaku pada 3 bubble sebelum ini tidak signifikan.

Pengalaman yang sama dialami ketika bubble sebelum ini.

Harga bitcoin akan naik secara mendadak selepas setiap ‘bubble’ yang sebelumnya.

Kaedah lebih mudah untuk melihat pattern sebenar

Dengan menggunakan julat logarithmic untuk membaca graf, trend pergerakan harga akan dapat dilihat dengan jelas.

Sekarang anda boleh lihat dengan sendiri; dimana harga bitcoin sebenarnya hanya melalui kitaran yang sama (berulang kali)

Kita dapat lihat pergerakan yang sama 4 kali berturut -turut

Di sini saya sertakan data ke-4 empat bitcoin bubble yang telah berlaku semenjak tahun 2010

Gambaran Sebenar

kesemua pattern di atas jelas sekali tidak mempunyai banyak perbezaan. Malah boleh diringkaskan semua yang telah berlaku seperti ini

Apa yang anda lihat diatas yang sebenarnya adalah reaksi market yang tercipta akibat daripada psikologi tamak dan ketakutan manusia.

Semenjak dari 2010 lagi bitcoin melalui kitaran musim yang sama (theory Rosetta stone- versi kripto)

Mendalami Fasa Satu per satu

Buat masa sekarang kita berada pada fasa-fasa akhir untuk crash yang keempat.

kalau hanya tahu di mana kita berada tetapi tidak tahu nak bertindak tak guna jugak kan?

Yang sebenarnya setiap kitaran mempunyai fasa-fasa yang jelas.

Setiap fasa mempunyai maklumat yang unik menggambarkan keadaan emosi dan psikologi traders.

pepatah mat saleh berkata “ History does’nt repeat it self, but it does rhyme”- apa yang akan berlaku tidak 100% sama, tetapi yang sebenarnya tidak banyak berbeza pon.

Oleh itu kebolehan kita untuk memahami kitaran ini amatlah penting untuk menjamin masa depan sebagai seorang trader yang berjaya.

Kitaran pasaran bitcoin

kitaran ini boleh dibahagikan kepada 4 fasa:

Fasa 1: Pengumpulan (accumulation)

Selalunya, Ini fasa yang mengambil masa paling lama.

Semuanya rendah. Harga rendah, jumlah orang trade btc pon rendah, julat harga rendah, minat pon rendah.

Semua orang cuak sebab baru je abes crash.

Mungkin kita dah sampai dasar (bottom) tapi masih ramai yang trauma takut akan rugi lebih teruk.

Time ni la ‘smart money’ masuk, selalunya company2 besar dan pelabur besar (whales) yang dah jual awal sebelum crash masuk balik.

Ini ialah fasa yang mempunyai ratio untung/rugi yang paling tinggi. yang lagi bestnya dan ironik , ketika ini media masa lansung tidak endahkan bitcoin. so beli je la senyap2, tak perlu kecoh2.

Fasa 2: bull Market (harga menuju ke bulan)

Lepas habis kumpul, mulalah geng2 “smart money” ini meng-hype kan Bitcoin

Tiba-tiba je banyak keluar berita positif. Bitcoin tiba- tiba tidak menjadi isu. berita baik ini kemudian menjadi pemangkin kepada kenaikan harga.

Sekarang orang ramai mula berasa konfiden dan harapan menggunung.

Price naik slow2 dan kadang2 turun balik sikit2. pergerakan nampak macam : 3 langkah kehadapan, 1–2 kadang2 kebelakang, selalunya kitaran ni berlaku dalam 3–6 minggu.

Kitaran ni berlaku berkali-kali sehinggalah ‘all time high’ yang sebelumnya (previous ATH) dicecah.

semua yang pernah beli kat ‘all time high’ dulu sekarang dah bole tarik nafas lega. makin kurang orang yang nak jual bitcoin di pasaran sebab sume tengah tunggu harga naik lagi.

2–3 bulan lepas all time high, perasaan FOMO (fear of missing out) semakin membuak2. sebab harga bitcoin pecah rekod setiap hari (new price discovery)

Fasa 2, bahagian 2 : Parabola

Tanpa disedari, harga yang sebelum ni maju 3 ke depan, kemudian reverse 2 kebelakang kini bertukar.

Sekarang, harga bergerak 3 langkah ke depan dan kemudian lupa untuk patah balik!

pada ketika ini harga mencanak naik (parabolic). Satu dunia FOMO!

Time ni la artis2 cam Dato Vida, katy perry tiba2 ajak orang join kripto

carian google mengenai bitcoin paling tinggi time ni.

Exchange bitcoin sesak, sampai overload. registration ahli baru terpaksa dihadkan.

Market expert start cakap kripto dah ada penggunaan yang meluas, harga bitcoin tidak akan turun dah. beli je skarang, kalo x rugi

trader2 yang rugi sebab jual masa harga tengah rendah jadi konfiden balik. (this time is diffrent!)

this time is different!

tempoh untuk pergerakan parabolic ini kalo mengikut sejarah adalah agak konsisten (5–7 minggu) .. ingat ni!

Fasa 3: Trader yang beli masa fasa 1 mula ambil untung

pergerakan parabolic sudah berakhir. Harga naik turun secara mendadak. setiap kali cuba nak capai harga baru tetapi tak dapat.

Kebanyakan traders merasakan ini hanya “pembetulan sementara” (healthy correction).

Ada plak yang minat main altcoin , transfer bitcoin pergi altcoin (coin2 selain bitcoin) time ni altcoin pulak yang parabolic.

Tempoh fasa ni lebih kurang 6–8 minggu

siapa2 yang jual pada fasa ini, tahniah anda membuat pilihan yang bijak

FB dan twitter time ni sume tgh “bullish” harapan menggunung!.

harapan menggunung!

Fasa 4 : Runtuhan Pasaran

harga jatuh mendadak, diikuti pergerakan mendatar (sideways)

traders yang x jual masa fasa ke-3 mula menyesal

siapa yang beli masa fasa ke-3 lagilah jahanam

Berita dan media masa mula keluarkan berita-berita negative. time ni la ada berita government nak ban bitcoin. lepas tu ada report exchanges kene hack etc etc

setiap kali harga jatuh teruk, akan ada market expert yang akan nasihat traders untuk “buy the dip”

BTFD!

Setiap kali harga cuba naik, akan ada “whale” yang akan “short” market (sila google futures kalo x faham)jadi bila harga jatuh diorang pon bole buat untung.

Henjutan (Hempasan terakhir) berlaku dengan laju. Time ni semua orang tgh panic. ramai retail investor jual pada harga terendah (sold the bottom)

Bitcoin (ikut sejarah) akan berada pada 80% dibawah “all time high”.- ketika artikel ini ditulis BTC dah jatuh 83% (26/11/2018) BTC- 3.5k usd .

kalau mengikut 3 crash sebelum ini, pada sekitar ini btc akan mula naik.

Saat-saat hempasan terakhir

Kitaran musim bitcoin sudah hampir lengkap.

ramai orang akan terkejut. berita yang bunuh diri pon ada.

keadaan market yang tidak ramai trader (low volatility) menyebabkan harga mudah jatuh.

Jika anda bernasib baik dan bijak. Ini adalah waktu untuk anda mengorak langkah.

“Kitaran Musim Bitcoin” ini hanyalah idea.

Walaupun anda sedar akan kewujudan kitaran ini , tidak bermakna anda akan berjaya. Tidak semudah itu.

Tetapi jika anda sedar tentang kitaran ini kemungkinan anda untuk mengalami kerugian yang maha dasyat dapat dikurangkan

Pergerakan parabolic yang ke -5

setiap kali kita berfikir tentang masa depan, adalah sangat penting untuk kita sedar bahawa:

kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.

oleh itu kita terpaksa berfikir menggunakan kebarangkalian, dan data kebarangkalian akan mengambil kira sejarah yang telah berlaku.

Cuba anda fikirkan: dari sejak penciptaan, bitcoin telah melakukan pergerakan yang mempunyai ciri-ciri yang sama, dan ianya berlaku secara kitaran, 4 kali dalam masa 8 tahun, dan setiap kali lepas crash harganya akan meningkat lebih tinggi daripada all time high sebelumnya.

persoalannya sekarang: apakah senario yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk terjadi?

Adakah Bitcoin akan berhenti melakukan apa yang dilakukannya 4 kali berturut-turut selama ini, untuk kali ini?

Mungkin. Harga bitcoin ke 0 mungkin berlaku, kita perlu menerima hakikat ini. tiada apa yang mustahil.

Tetapi adakah kebarangkalian senario ini untuk terjadi tertinggi?

mengikut teori kebarangkalian, jawapannya adalah tidak.

Malah jika kita melihat analisis asas (fundamental) . Bitcoin semakin diguna oleh orang ramai, exchanges semakin bertambah, pendidikan kripto semakin meluas. Orang ramai semakin sedar mereka ada pilihan selain bank. banyak aplikasi yang akan menjadikan transaksi bitcoin lebih efisien telah dicipta dan sedang dibangunkan etc etc

Kebarangkalian paling tinggi: Terjadi nya ulangan kitaran musim bitcoin untuk kali ke-5

Bitcoin akan naik secara mendadak lagi sekali (dan crash selepas itu)

Jadi apa yang perlu anda buat?

2 skill penting untuk anda persiapkan diri untuk kitaran seterusnya

  1. kawalan risiko (risk management) anda x akan survive tanpanya
  2. Disiplinkan diri dan belajar untuk jual bitcoin ketika (dan lepas) pergerakan parabolic seterusnya.

(saya bukan penasihat kewangan, dan ini bukanlah nasihat kewangan) malah ini bukan idea saya sepenuhnya. 90% daripada content ini di ambil dari Cole Garner artikelnya di sini https://hackernoon.com/marketcycle-4e5407d0c68 . follow me at twitter https://twitter.com/Qryptonaut90?lang=en

--

--

..
..

Written by ..

buyer of blood, seller of dream

No responses yet